BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 25 May 2011

So touched with the story line - Yang Menganjak Paradigma Aku

Enigma : Mengenai kisah seorang pemuda dari keluarga berada yang selalu berfoya2 dan berseronok bersama kawan2 dan berubah perangai menjadi tidak berakhlak dan mengambil mudah dalam setiap aspek kehidupan sehingga melanggar undang2 dan lari membawa diri ke Australia demi mengelak dari hukuman yang dijatuhkan. Sewaktu buangan berada di sana, beliau menginsafi apa yang telah dia lakukan dan mengingati semula setiap kesalahan yang dilakukan kepada kawan rapatnya dan terutama kepada ahli keluarganya. Betapa seksanya berada dalam buangan sehingga terseksa sebelum berjumpa dengan keluarga Malaysia di sana yang baik hati untuk membantu beliau sehingga beliau dapat pulang ke Malaysia semula dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukn dan mengembalikan memori indah bersama2 keluarga dan kawan aka teman wanitanye.


Cinta Tikar Sejadah : Mengisahkan kisah seorang pemuda yang tinggal di Perancis mengikuti Mama nye yang berkahwin dengan seorang lelaki mat Salleh di sana dan mengamalkan gaya hidup seperti orang kafir dan tidak berlandaskan terhadap agama. Dia bebas melakukan apa sahaja yang disukainya termasuk mabuk dan berzina sehingga pada suatu hari Mamanya menghantarnye pulang dan tinggal bersama2 atuknye di Malaysia kerana ingin menyuruh pemuda itu memujuk atuknye menyerahkan geran tanah untuk dibuat modal diatas kerugian Papanye dalam perniagaan.
Tetapi sebaliknye berlaku apabila dia berubah setelah duduk bersama2 atuknye yang juga seorang ustaz dan juga berjumpa dengan seorang gadis yang juga merupakan seorang guru.


Halaqah Sentuhan Qalbu : Ini pula sebuah program yang memberi keinsafan dan juga kesedaran dengan cara yang amat berbeza dan unik. Setiap tajuk yang amat dibincangkan amat menyentuh setiap sanubari dan benak hati yang menontonnye sehingga mengalirkan air mata kerana takutnye dengan kebesaran Allah Yang Maha Kuasa.


............................................................................


Assalamualikum dan Salam Ukhwah Bloggers n Readers


Setelah lama tidak membuat entry di sini, Azril ingin kembali menulis mengeni kisah hidup yang baru dan ingin memadam semua memory dan kisah lalu yang penuh duka dari suka, dosa dari pahala, pahit dari manis, dan macam2 perkara serta peristiwa hitam dam putih yang menyebabkan Azril betul2 tekad untuk berubah dan ingin meninggalkan kehiddupan yang lampau.
Banyak kesengsaraan dan kesakitan yang dialami tetapi Azril ingin tetap tabah meneruskan hidup yang sementara ini sehingga akhir hayat Azril bersama kawan2 dan teman2 rapat serta ahli keluarga yang sentiasa menyokong Azril tidak kira masa. 
Setelah sekian lama mati dari dunia bloggers ini, Azril ingin menyampaikan dan juga ingin menulis semula bukan setakat kisah hidup Azril yang baru tetapi juga pengalaman mengenai mencari Allah yang satu. 
Setiap cerita di atas dan juga program yang Azril kepilkan mengenai jalan ceritanya serba sedikit adalah penyebab utama kenapa Azril ingin berubah dan kenapa Azril berubah.
Selama ini Azril amat alpa dan lupa kepadaNya tetapi dia tetap tidak pernah lupa kepada hamba2nye yang selalu alpa kepadaNya. 
Walaupun selalu meninggalkan suruhanNya tetapi Allah tetap menolong Azril dengan membantu untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dan juga menolong dalam mencari rezeki tetapi apa yang Azril lakukan untuk membalas semula pemberianNya????
Sedangkan suruhanNya yang dusuruh pun selalu ditinggalkan.....
Pada Usia 19 tahun Azril bersyukur kerana diberi Hidayah pada usia yang muda walaupun hati berasa kosong dan tiada matlamat hidup. 
Bak kata orang, usia masih muda, enjoy dan bersuka ria la dulu, nanti dah puas berfoya2 dan dah tua barulah bertaubat. Ungkapan itu lah yang selalu di dengari Azril dari rakan2 dan pak cik2 dan mak cik2 yang masih hanyut dalam keduniaan.
Tetapi pada dunia akhir zaman ini semuanya telah berubah sama sekali. 
Azril telah mendengar dan melihat banyak golongan muda dan belia remaja banyak meninggalkan kita.
Salah seorang sepupu Azril yang baru sahaja melangkau usia 20 telah meninggal dunia disebabkan appendix pecah kira2 setahun yang lalu. Dia pada mulanya hanya demam panas seminggu sebelum dia meninggal. Kematiannya amat mengejutkan seluruh ahli keluarga Azril terutamanya kedua ibu dan bapanya. 
Ramai juga kawan2 serta anak buah ibu di pejabat yang berusia lingkungan dalam 30 ke 45 meninggal dunia secara tiba dan antaranya meninggal sewaktu tengah berkerja mahupun sedang take break di dalam pejabat. Bila dibuat pembedahan mahupun soal selidik, ada diantaranya sakit jantung, sesak nafas, dan ada yang jatuh tanpa sebab dan terus meninggal.
Siapa sangka terutama ahli keluarga melihat Suami dan papa pergi kerja pada harinya tetapi tidak pulang untuk selama2nya selepas itu. 
Jika kita nak meninggal, dimana pun malaikat maut boleh menjemput kita, tidak kira sewaktu kita sedang bersukan, sedang berada di pejabat, sedang makan, sedang sembahyang. Ianya juga bukan setakat tidak mengira tempat dan masa tetapi juga usia kita tidak kira sewaktu muda atau pun tua.


Cukup lah setakat ini sahaja dan InsyaAllah Azril akan sambungkan di entry yang lain dengan kisah yang berbeza diatas pengalaman hidup Azril selama ini. 
Allah Maha Segala2nya dan ingatlah Allah sentiasa.


LLISW - MNA