BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 13 September 2011

Kenangan Raya 2011


Assalamualaikum n Salam Ukhwah bloggers n readers.

Lama sudah rasanya tidak berkunjung dan menulis entry di MOLM nieh

rindu yg amat sangat untuk menulis semula apabila blog walking ke dkt rakan2 blogger

rasanya entri terakhir yg ditulis adalah pada 16 Julai 2011

dah hampir 2 bulan Azril x menulis langsung entryutk dimuatkan kat dlm blog nieh

mcm2 yang dah berlaku sejak mendiamkan diri buat sementara waktu nieh

sebab mcm2 yang perlu dihadapi dah diharungi dalam hidup sebagai seorang insan

Tugasan Akhir - Final Exam - Extra Curricular - Cuti Sem - Bulan Puasa - Raya Aidilfitri - Cuti lagi - Naik Sem balik


Bulan puasa tahun nie best sbb ada Tok utk teman bukak puasa dan sahur bersama

macam yg tok masak utk cucunya dan sebut jew apa yg diingini pasti dia akan sediakan
Azril beryukur sangat dapat tok dan tak akan di cari ganti dkt dunia nie smpi bila2.

Raya tahun nie lak amat mengelirukan sebab x tahu x nak blk mana dulu
kejap balik Utara, kejap balik Selatan kejap x nak balik, hurmm

last2 dua2 Azril balik tapi didahulukan dengan Selatan dahulu pada tahun nie

Dlm perjalanan ke SG, BP

Azril balik Kg Sri Gading, Batu Pahat, Johor awal sikit tahun nie 
kebetulan ayah pon ada keje dkt Kota Tinggi, tapi kami x ikut.
mcm 2 yg dibuat sempena persiapan raya sebab atuk dgn nenek pon dah x de
so ramai2 balik kemas rmh, masak dan prepare la apa yg patut utk raya.

dapat berbuka sama2, masak sama, main mercun sama. 


Sehari sebelum raya mcm2 yg dimasak nye
Azril hanya membantu ibu dan mak cik menyediakan pelbagai jenis lauk utk berbuka dan raya keesokkannya yang x tahu pasti atau tidak, hahahx
dari Rendang Daging, Sambal Goreng Jawa, Masak Lodeh, dan x igt dah sbb banyak sgt  terhidang
ketupat

Biasa la kan mlm sebelum raya tuh ramai2 tunggu depan tv nak dengar pengumuman bila raya 
n bila dah umum jew ramai2 menjerit esok raya dah mulalah sesi main mercun sama2
mercun berlepas, hahaahx

lepas hbs main mercun sempat lagi tuh para lelaki semua keluar g pecah batu dkt G2 Snooker Sri Gading smpi pagi termasuk la Azril sekali tapi x ramai satu keta jew sebab ramai yg x blk kg lagi.
balik jew trus tido sbb esok paginye dah raya

Kebiasaan pagi raya standart la kan ada yg bgun awal ada yg lambat
lepas tuh terheggeh2 la berebut seterika nak gosok baju pagi2

semalam punya la bnyak masa sorang pon x nak ambk seterika gosok baju
tapi itula ragam suka duka pagi raya yg x dpt dilupakan
hbs gosok baju apa lagi mandi dan siap2 nak g sembahyang raya la
siap ada yang dah g masjid patah balik sebab orang x de lagi dkt masjid n sebab nak membuang la, itu la ini la. 
habis jew sembahyang raya terus balik rumah sbb dah mula rasa lapa n malangnye sebab lauk pauk semalam semua dah kena simpan dalam peti sejuk sebab plannye smlm nak g beraya dulu
apa lagi siap2 brg trus chow g rumah pak cik sedara yg berdekatan n serang sebab dah lapa
waktu puasa hokay jew x rasa lapa langsung n boleh jew tahan tapi pagi2 raya lain la ragamnye

tapi sblm tuh sempat jgak bergambar n posing2 

Azril dgn Mak Oi
depan rmg Nenek
Azril dgn Mak Oi dkt jambatan dpn rmh 
mcm2 ada dkt rumah angah@ pak cik sedara nieh n semuanya nampk menyelerakan
dari Nasi jagung, ayam masak briyani, ketupat, rendang, dan menu wajib kuih raya





lepas jew makan apa lagi sesi bergambar la dah sorang mc x pernah nampk kamera
Azril n Kak Wawa
nie sepupu (Kakaknye)
Azril n Abg Eddie (Suaminye Kak Wawa)


Kak GG n Azril
bie sepupu (adiknye)
hbs jew posing mosing trus belah bertolak ke Kluang, Johor nak melawat sedara mara lagi
rumah pertama di Kluang adalah rumah Tok Abib, rumah atuk sedara tapi sebelum tuh singgah dekat Perkuburan Kluang meziarahi kubur Pak Cik Sedara Arwah Let ( Suami Mak Oi)
dan lepas tuh baru terjah rumah Tok Abib.
habis jew rumah Tok Abib sambung lak dgn rumah Mak Pah, adik beradik Arwah Nenek.
jumpa ramai sedara yg kenal n x berapa nak kenal
sambikl minum2 sambil apa lagi ambik gambar la
Adk Dani, Mak Oi dgn Azril
Abg Eddie, Aizat, Nabil, dan Azril
Azril dgn Ibu 

Belakang: Abg Farid n Nabil
Depan: Abg Eddie, Aizat, Ayah, dan Azril
Abg Eddie n Azril
dan ini lah apabila sudah kebosanan dan kekegilaan melanda


Add caption
Add caption

Habis jew maraya di Rumah Mak Pah masing dah berpecah n Abg Eddie n Abg Farid Family trus bergerak balik ke Sri Gading, Batu Pahat sebab anak2 buah aku semua dah meragam tapi ak meneruskan perjalanan beraya lagi bersama Ibu dan Ayah ke rumah kwn baik ku di Kluang jugak dekat Jalan Sejahtera iaitu 

En Safwan Khaliq Bin Esa @ SKE
mcm biasa la kan bila dah berjumpa apa lagi, Ibu dan Ayah Azril bersembang dgn parents dia n kami bersembang mengenai kami la.
hbs jew bersembang, makan2 kjap lps tuh trus balik Sri Gading sebab kebanyakan sedara yg x balik lagi dah mula berada dkt kg.

Balik jew ramai yg dah ada dkt kg n meriah yg amat.
ak trus msuk , salam n trus ke dapur menolong mak cik2 ak memasak n memanaskan lauk pauk yg dimasak semalam. Al maklum la kan dari pagi beraya jew kejewnyew.

Aktiviti ptgraya pertama smpi second raya mcm2 yg dibuat.
Bersembang sebab lama dah x jumpe, makan bersama2, lepak2 main mercun n mlmnye smbg lagi pecah batu dekat G2 snooker bersama saudara mara n sepupu2. Malam Raya pertama nie lagi ramai yg join dari malam  semalam sebab ramai dah balik kg. Ada yg main ada yg x main, ada yg ddk lepak jew. Snooker with family nie acara yg tetap tiap2 kali keluarga belah AJohor berkumpul.

Second Raya jew bgun pagi, mandi bersiap2 n pack brg2 sebab nak bertolak balik Utara plak
destinasi yg dituju Bandar Bharu, Kedah.

Sebalum balik sarapan n bersalam salaman dulu n the best thing masih dapat duit raya walaupun x sebanyak dulu waktu kecik2

Balik itu pun sempat lagi beraya n singgah menyinggah dulu woooo
singgah Berserai, Batu Pahat rmh mak angkat Abg Kedua, singgah Ampangan, Seremban rumah nenek sedara nak ambk pak cik sedara skali n yg teakhir singgah rumah jap rehat n punggah brg2 yg x nak n baru bertolak balik Utara. 

Perjlalan balik utara lancar dan selamat sampai dan raya dkt utara pon best sama dgn Selatan
Raya Ketiga tengah hari masak n makan tengah hari sama2, malamnye lak BBQ Kambing dan Ayam dan lain2 mnenu sampingan seperti Conslow, Mash Potato, Jagung Bakar dan lain dan smbung main mcm2 mercun yg ada smpi ad a la pokok pisang Tok Mak yg tumbang, larikkkkkkk

The best thing Raya Keempat dapat makan guilai aka Kari Ayam Gajah
kenapa dipanggil begitu sebabnye
Anak Ayam Gajah
* Gambar Ehsan Google
Peha Ayam Gajah
Rasadia nak mcm Ayam Belanda pon ada tapi tulang dia keras woo n isi dia kena masak lama sikit dari ayam biasa. yg masak gulai nie umur dia baru 3 bulan kalo x salah, still Ayam Dara lagi wokayh.

Beli hidup2 woo n Sembelih oleh [ak cik, dicabut bulunye olen neenk sedara dimaska oleh mak sedara. 
Selain ayam gajah nie ada lagi Ikan Keli Bakar Special, Air Asam, Gulai Keli
pergh raya tahun nie semua menu2 yg menambat selera dan menaikkan berat badan kot

hbs jew semua mlmnye smbung lagi main mercun cont dari semalam kedeba bomm keheningan malam belakang rumah tok mak yg dihampari sawah padi..

Keesokannye ramai yg bertoalk balik ke rumah masing2 termasuk la Azril n parents tapi kiotrang bertolak lambat sikit sbb nak elakkn traffic jam dah Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat smapi balik ke rumah.

Sorry lak ekk sbb entry yg panjang berjela sebab gian dah lama x menaip entry dan bermacam cerita yang hendak disampaikan.
apa pun ini semua akn menjadi suatu kenangan kelak apabila Azril membaca semula entry ini di masa hadapan kelak. 

Allah menjadikan dan mengaturkan sesuatu dengan sebab menyubabnya yg tersendiri. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yg berlaku dan ada logiknya apabila difikirkan semula kenapa apa yang kita rancang kadang2 tidak menjadi. Mungkin Allah nak mengelakk musibah dari berlaku keatas kita mahupun Allah mungkin ingin memberikan yg lebih baik dari apa yg kita rancangkan. Fikirkanlah bahawa pengajaran mengajar kita lebih matang menjalani kehidupan seharian dan tidak semua datang bergolek dgn sendirinya.

Allah maha segalanNya dan dia sahaja tempatutk kita bergantung dan berserah dunia dan akhirat
Assalamualikum 

LLISW MNA