BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 29 May 2012

All Finally Over :P

Assalamualaikum n Salam Ukhwah Bloggers n Readers

Sudah lama rasanya tidak mengeluarkan entri2 utk diupdate disini.
kali terakhir rasanya pada 13 Sept 2011 dan kalo x salah entri mengenai Hari Raya.
Sekarang pun tinggal tak beberapa lama jew pun dah nak puasa blk dan rasa kejap jew masa berlalu.

Kenapa tajuk 'All Finally Over' sbb Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kesabaran walaupun pernah hampir2 nak berputus asa di tengah2 perjuangan akhirnye berjaya juga menghabiskan azab sem terakhir dan tahun terakhir pengajian Diploma dalam bidang Kulinary di UniRazak/UmTech.

Berkat doa, dorongan dan sokongan kedua ibu n ayah, keluarga, sahabt baik, rakan2 seperjuangan serta pensyarah2 yg sabar dgn karenah para pelajar yg pelbagai ragam akhirnya selesai juga semester 6 akhir ini walaupun pelbagai dugaan, halangan, masalah, serta emosi yg x menentu datang menimpa2 utk menguji kekutan yg x seberapa nak kuat nieh.

Sahabt2 rapat banyak membantu walaupun kadang2 kami ada perselisihan paham tapi berjaya mengembalikan semula ikatan silaturrahim agar tidah putus dan harap akan berkekalan sampai bila2, InsyaAllah.

Antara Sahabat2 dan rakan2 yg sama2 mengharungi perjalanan hidup 
di Unirazak/UmTech sepanjang 2010 - 2012 
Sheeqa Razip aka Sheq 

Safwan Khaliq aka Saf aka Wan aka Cendol 

Siti Zulaikha aka Ika aka Kecik 

Nurfatihah aka Teha aka Ateh 

Abdol Hakim aka Hakim aka Kim
dan ini pulak antara rakan2 sekelas sepanjang di UniRazak/UmTech 

Restaurant Management Classmate 

Duta Budaya Choir Members 

Ice Carving Class 

Final Garde Manger Presentation 

Garde Manger Final 

International Cuisine Classmate 
Hidup yg diharungi bkn nye senang bagai ditaburi emas, intan dan permata 
tetapi penuh dengan pasir, onak dan duri, api, air, angin dan bermmcm2 elemen yg melengkapi
pelbagai dugaan dan halangan harus ditempuhi, dihadapi dan diselesaikan
tidak kira bagaimanapun cara utk mendapatkan sebuah kemanisan, kejayaan, dan nikmat terperi 
menjalani hidup sebagai seorang insan di bumi Allah yg fana ini. 

Sepanjang 6 semester aku lalui :
  • 4 sem panjang dan 2 sem pendek 
  • dari UniRazak ke UmTech 
  • dari Kampus Kelana Jaya ke Kampus LCS Sunway 
  • dari Kelana Sentral ke Ridzuan Condo ke Mentari Court A sehingga ke Mentari Court B 
  • menaiki bus ke jalan kaki ke teksi 
  • Puasa n Raya 
  • Hujan ke panas terik ke mendung ke rintik ke angin kuat dan pernah hujan batu
dan pelbagai lagi ragam serta mcm kedaan yg terpaksa di tempuhi dan dilalui, tapi semua itu menjadi kenangan pahit, manis, masam, masin n tawar yg aku lalui dgn tabah serta sabar dan juga menghadapi pelbagai tomahan, cacian, kutukan, perubahan demi mengenggam segulung Diploma yg memberi laluan utk masa depan yg cerah.....

Sekarang ini tumpuan adalah lebih terhadap Internship yg bakal dilalui selama 3 bulan...
apa yg akan terjadi dan apa pengalaman yang bakal ditimba adalah sebuah kejutan yg penuh debaran
Insyaallah walau apapun, akan diharungi dgn tabah dan sabar
lagi2 Internship pertama kali ini jatuh pada cuti sekolah + bulan puasa dan hari raya.

Habis jew internship akan diuruskan segala urusan universiti sampai selesai
dan sambil2 itu menerjah dan megorek peluang utk merancang masa depan.
Apa dikehendaki pelbagai tetapi bermacam aspek harus dititk beratkan jugak
Sambung belajar @ berkerja @ berniaga @ mencari aliran baru
semuanay harus difikirkan sebaik2nya
InsyaAllah Allah akn membantu hamba2 nye dlm membuat keputusan ya elok.

Selain itu ramai jugak rupanya sahabt2 handai yg sudah pun bertunang dan juga berkahwin. 
Walaupun tidak dapat menghadari majlis yg dijemput tetapi aku sentiasa doakan yg terbaik buat kalian
semoga perhubungan kalian berkekalan sampi ke Syurga dan menghadapi alam rumah tangga dgn sebaiknye, menikahi dan berkahwin itu senang tapi tanggungjawab selepasnye amat berat dan harus betul2 melaksanakan dengan Ikhlas dan beribawa. InsyaAllah......

Segala yang berlaku di dunia adalah utk memberi pengajaran dan menguji kita utk menghadapinya dengan cara yang terbaik demi menyelesaikannya. 
Tiada permasalahan tanpa jawapan begitu juga tiada penyakit tanpa ubatnya......
Setiap insan adalah istimewa dan terpilih, carilah nikmat itu InsyaAllah hidup akan bahagia. 

LLISW MNA